Friday, 29 April 2011

Motivasi sememangnya telah menjadi perkara penting pada kebanyakan sekolah-sekolah. Ibarat garam di dalam makanan, jika tiada maka kuranglah rasanya. Pada 10 April yang lalu kami telah diamanahkan untuk menjalankan Motivasi Peperiksaan UPSR. Jumlah pelajar seramai 80 orang.


Apa yang unik pada program kali ini adalah pelajar kebanyakannya terdiri dari bukan bangsa melayu. Hampir dari 50% pelajar dari bangsa India, Iban dan seorang berbangsa cina.



Program yang dijalankan juga agak berbeza kerana bertempat di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Mereka bermalam di asrama pelajar-pelajar, secara tidak langsung mereka termotivasi untuk berjaya hingga menjejakkan kaki di Universiti.



Dengan menggunakan beberapa kaedah dan teknik, juga dengan mengambil kira soal rohani dengan slot khas CRS di bawah kelolaan IKRAM Johor, sedikit sebanyak dapat menyentuh dan menyelami hati pelajar. Walaupun terdapat peserta non muslim namun telah diprogramkan dengan lebih bersifat umum tentang ketuhanan yang menyentuh pelbagai aspek kehidupan hingga kebanyakan mereka menitiskan air mata (bukan menangis).


Program dua hari satu malam ini berakhir dengan lawatan-lawatan ilimiah di Universiti terutama lawatan perpustakaan, pejabat pentadbiran, lab dan fakulti-fakulti.


Tahinah kepada pengetua sekolah Selesa Jaya Puan Kamisah dan guru-guru yang terlibat atas inisiatif menjalankan program ini buat anak-anak didik Sk Taman Selesa Jaya.