Saturday 17 December 2011

Kursus Penulisan Kreatif

Penulisan sememangnya mempunyai impak besar kepada masyarakat Malaysia. Menurut kajian mentaliti dan pemikiran masyarakat adalah bersumberkan dari hasil pembacaan.

Maka atas kesedaran ini, WAHDAH Consultant & Training berjaya menganjurkan beberapa Kursus yang berkaitan penulisan. Antara skop kursus penulisan yang berjaya dianjurkan pada tahun ini ialah :

1. Penulisan Novel & Cerpen
2. Penulisan Puisi
3. Penulisan Skrip Drama

Antara pihak yang menjayakan kursus ini ialah pelajar-pelajar sekolah menengah, pelajar universiti, guru-guru sekolah dan tidak ketinggalan juga golongan profesional.