Laman Utama

WAHDAH Consultant & Training adalah sebuah firma Konsultan Pendidikan dan Latihan Bina Insan yang telah ditubuhkan pada 5hb Mei 2009 beralamat No. 4A Jalan Padi Emas, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru Johor Darul Takzim.

Menawarkan khidmat latihan professional untuk meningkatkan kemahiran diri dan prestasi organisasi serta memanfaatkan ilmu yang dibekalkan dalam latihan untuk membentuk pembangunan diri,keluarga masyarakat dan Negara dengan nilai-nilai murni sejagat dan nilai-nilai keislaman sejati.

WAHDAH Consultant & Training merupakan sebuah syarikat milik 100% bumiputra yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia, walaupun syarikat ini baru ditubuhkan namun tenaga pengajar, penceramah dan fasilitator adalah merupakan individu yang berketerampilan dan berwibawa dalam bidang pendidikan, latihan, motivasi dan latihan bina insan dan telah perpengalaman menjalankan kursus, latihan kepada pihak organisasi kerajaan dan orgnisasi swasta.

WAHDAH Consultant & Training melaksanakan program pendidikan lengkap dan bersepadu membangunkan professional individu supaya dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab menjadi insan berpribadi yang kukuh,bermoral dan berakhlak mulia, berilmu serta kompeten. Bagi menjayakan program ini 3 kategori modul telah disediakan yang melibatkan pembinaan diri insan yang bersepadu (intergrasi) ilmu Naqliah membentuk Aqliah. Modul tersebut terdiri daripada Modul Utama (Tarbiah Insaniah) Modul Khas (Program Pembangunan Profesional) dan Modul Sokongan (Program Motivasi dan Kecemerlangan Diri.)

FALSAFAH

WAHDAH Consultant & Training sebagai Konsultan Pendidikan dan Latihan Bina Insan sentiasa mendukung dan menumpukan usaha dalam bidang pembangunan manusia (Human Development), pertumbuhan personaliti secara professional dan proses pembangunan akal berdasarkan tuntutan AL-ALAQ.

WAWASAN

Menjadikan WAHDAH Consultant & Training yang berwibawa dengan matlamat mewawasan,  professionalisme, kepimpinan, inisiatif dan potensi (Al Falah ) diri dan kerjaya kea rah cinta dan redha Allah.

MISI

Resipi Kejayaan WAHDAH Consultant & Training adalah merujuk misi praktikal dan realistik iaitu :

W        Wahana secara jujur dan ikhlas.
A         Akademik teras kejayaan.
        Hidayah  panduan berkesan.
        Dedikasi amalan kejayaan.
        Akhlak dan Moral pegangan berkekalan.
H         Harapan dan hasrat untuk melahirkan insan cemerlang.