Saturday 17 December 2011

Kursus Penulisan Kreatif

Penulisan sememangnya mempunyai impak besar kepada masyarakat Malaysia. Menurut kajian mentaliti dan pemikiran masyarakat adalah bersumberkan dari hasil pembacaan.

Maka atas kesedaran ini, WAHDAH Consultant & Training berjaya menganjurkan beberapa Kursus yang berkaitan penulisan. Antara skop kursus penulisan yang berjaya dianjurkan pada tahun ini ialah :

1. Penulisan Novel & Cerpen
2. Penulisan Puisi
3. Penulisan Skrip Drama

Antara pihak yang menjayakan kursus ini ialah pelajar-pelajar sekolah menengah, pelajar universiti, guru-guru sekolah dan tidak ketinggalan juga golongan profesional.


Kursus Bina Pasukan Koperasi UTM Berhad


Hakikatnya membina pasukan tidaklah mudah seperti apa yang disangka, kata pepatah 'sepakat membawa berkat' adalah yang mudah diucap namun begitu sulit di praktikkan apatahlah lagi sebuah organisasi yang mempunyai ramai anggota. Setiap anggota membawa tabiat dan kriteria tersendiri yang negatif dan positif.

Untuk itu, dengan inisiatif pihak lembaga pengurusan Koperasi UTM Berhad telah mengadakan program bagi membina semangat yang berdasarkan ilmu untuk para staff dan anggota koperasi UTM Johor dan Kuala Lumpur yang bertempat di Mutiara Motor Resort selama 3 hari 2 malam.

Kursus yang berteraskan agama sebagai panduan kerja membawakan beberapa fokus penting dalam menjalani kerja antaranya adalah Kerja adalah ibadah, Semangat setiakawan dalam senang dan susah, Membina kekuatan mental, Pengurusan Stress dan lain-lain.